(FIRST ENTRY DIA YANG AKU POST)
KEMBALI
SEPERTI NORMAL
Hye... i mean salam semua...
Sejak 19 June 2012, dan sekarang dah
hampir 3 bulan lebih...
Aku semakin pulih dari yang konon2nya
'KESENGSARAAN' hati aku..
And since that day aku konon2nya
dikenenkan dengan my own hmmmm.. haha
At first, aku ignore je... but day to
day, week to week..
I feel like, hahaha... there is
something that i can't explain in words..
Makin hari makin menjadi2..
Apa la nak jadi dengan aku ni...
Ya, frankly, aku suka macam ni..
Hati aku bebas suka siapa, sayang
siapa, tunggu siapa..
Sungguh aku suka..
Pada dia yang aku suka,
Biarlah perasaan ini berlalu..
Jika kau untukku,
Segala rintangan dapat ditempuhi.
Dan jika benar kau untukku,
Aku bermohon kepada Allah agar
permudahkan dan kuatkan hati aku dan hati kau..
Untuk bersatu...
Tetapi jika kau bukan untukku,
Aku bermohon kepada Allah agar di
jauhkan perasaan ini dari hati aku dan hati kau..
Kerana sesungguhnya rasa cinta
setengah jalan itu sebenarnya,
Amat menyakitkan jiwa.
Dan sesungguhnya,
Cinta kepada-Nya adalah cinta yang
kekal Abadi..
Semoga apa yang ku rasa ini hanya
sementara..
Sekadar untuk menggubati hati yang
telah terluka.
(SECOND ENTRY)
**Sampai sekarang pun kau masih belum selesa dengan aku kan..
Tapi kau ni pelik,, ada masa kau muncul, ada masa kau hilang...
Muncul seolah memberi amaran yang aku sendiri kurang jelas..
Kau suka muncul dalam bayangan...
Sampai sekarang aku masih tak tahu apa yang ada dalam hati kau mengenai aku..
Dan ye.. Aku tahu.. Sampai sekarang pun aku yang syok sendiri.. :(
HATI KITA YANG BERKATA2 ORANG LAIN TAK BOLEH
DENGAR..
yup, kata hati tu hanya diri kita
sendiri yang tahu..
kata hati tu orang lain tak boleh
dengar..
macam tu jugak kisah aku dan dia..
sekarang aku boleh nampak yang dia
boleh bergurau dengan aku tapi diri dia sendiri tidak selesa dengan keadaan
dia..
awak... ya awak...
maaf... bukan saya nak buat semua ni..
kawan2 awak yang mulakan dulu..
saya tak selesa dengan awak..
saya lagi selesa dengan orang lain..
percayalah yang tak ada satu perasaan pun dalam hati saya pada awak...
hanya sebagai kawan sahaja.. awak
jangan risau tau..
semoga kita kekal sebagai kawan..
(THIRD ENTRY UNTUK DIA KOT~~)
JIKA
KAU KU MILIKI..
jika kau ku miliki tak akan ku
lepaskan kamu..
jika kau ku miliki akan ku bahagiakan
kamu..
jika kau ku miliki akan aku cipta
memori indah pada setiap saat..
jika kau ku miliki akan aku coretkan
kenangan kita untuk anak2 kita..
jika kau ku miliki akan aku lakukan
apa sahaja agar dapat aku buktikan bahawa aku sangat menghargai kamu,
jika kau ku miliki akan ku setia
menanti di sisi saat susah dan senangmu..
jika kau ku miliki akan ku jaga kamu
seperti mana kau menjaga aku..
jika kau ku miliki akan ku cintaimu
lebih dari kau mencintaiku..
NAMUN
jika kau bukan milik ku, akan ku
pulangkan kamu kepada empunya,
jika kau bukan milik ku, akan aku
doakanyang terbaik buatmu..
jika kau bukan untukku sesungguhnya
aku redha atas segala ketentuan-Nya..
jika kau bukan untukku, pasti ada yang
terbaik buatku dan buatmu.
jika kau bukan untukku,
(FOURTH ENTRY.. AND YES I MISS U LIKE CRAZY DARI DULU SAMPAI SEKARANG DAN SELAMANYA)
DALAM
DIAM AKU MENCINTAIMU..
aku sebenarnya tak tahu kenapa aku
rindu dia sangat2.. macam yang aku cerita sebelum ni... kehadiran yang aku tak
aku sedari pada mulanya.. sedikit demi sedikit aku menyedari kehadiran dia di
sisi aku...
aku tahu, aku sedar, siapa aku pada dia..
aku merindui orang yang tiada apa2 perasaan langsung pada aku.. aku tahu itu,
tapi sukar untuk diri aku menepis kerinduan itu.. merindui orang yang dekat
dengan aku... aku tak tahu kenapa dia... dia yang hadir secara tiba2.. apa
sebenarnya yang perlu aku lakukan? teruskan? atau mengalah saja? ada yang kata,
tak salah untuk mencuba, ada juga yang kata, untuk apa di kejar orang yang tak
nak kan kita. wasting time.. dilemma.. yup... aku dalam dilemma...
setahun... setahun ke? mengenali dan
tahu tentang kewujudan dia.. 6 bulan mungkin... but now, masa semakin suntuk
untuk aku mengenali dia.. berpeluangkah aku untuk merasai di sukai oleh dia?
sungguh aku sangat jauh berangankan? ada orang kata aku dan dia fate, ada yang
kata, kebetulan.. ni suratan atau kebetulan la ni?? haha...
warna pertama aku dan dia adalah merah
then turquoise. sweet tak? haha aku je lah yang rasa sweet dia.. fate.. betul
ke? kalau percaya takut aku yang kecewa akhirnya.. kalau tak percaya aku pulak
yang melepas... aku tak tahu... macam2 aku buat untuk lupakan dia... tapi tak
berjaya,.
sejujurnya aku dah selesa hidup
single.. tapi kadang tu aku rindu jugak hidup bercouple.. seriously hanya dia..
dalam diam aku mencintaimu.. betul ke?
pasti ke? cinta.. sesuatu yang sangat suci.. layak ke aku untuk dia.. dia...
dia yang agak perfect pada pandangan aku.. pada masa yang sama dia juga banyak
kelemahan yang aku kira sangat lucu.. 5-6 bulan je lagi.. boleh ke aku pikat
dia? ke mengalah? cepatnya masa berlalu... boleh ke aku cipta memori terindah
dalam masa yang singkat ni dengan dia? boleh ke dia terima aku? aku yang
terlalu banyak kekurangannya..
soalan yang aku ingin ketengahkan...
ikhlas ke aku sayangkan dia? kenapa ap je yang aku berangan, apa yang aku
fikirkan mesti ada dia... mimpi je belum..
Ya Allah jika dia bukan untukku,
izinkan aku untuk mencipta memori bersama dia walaupun sesaat.. hadirkanlah
perasaan suka walau sezarahpun di hati dia untukku.. atok nak pergi umrah.. aku
nak kirim doa je... and doa tu ada nama dia.. aku keliru dengan perasaan
sendiri..
mungkin aku patut tarik diri.. ya..
kalau ada jodoh satu hari nanti dia pasti akan kembali pada aku dengan apa cara
sekalipun..
AWAK,, saya tak pernah menyesal kenal
dengan awak.. walaupun saya bertepuk sebelah tangan, sya tahu suatu hari nanti,
pasti tangan yang sebelah lagi akan bertepuk jugak.. janganlah sampai bila
tangan yang sebelah itu penat untuk bertepuk sebelah tangan.. mungkin dulu saya
kata orang tu yang terakhir untuk saya,, saya mengaku saya silap.. saya tahu
tak da orang sudi pandang pada saya termasuklah awak.. mata tak sudi memandang,
tangan tak sudi menghulur.. hati pula tak sudi mengingati.. saya redha.. saya
tahu saya dimana.. saya tahu dimana saya berada.. awak punya kelebihan
tersendiri.. saya lebih banyak kekurangan.. saya tak sepadan dengan awak.. saya
mengaku.. tak pe lah awak.. biarlah saya menyintai awak dari jauh, dan didalam
diam... kalau awak untuk saya Alhamdulilah.. kalau awak bukan untuk saya, pasti
ada lagi yang lebih ok untuk saya.. semoga awak berjaya mengecapi apa yang awak
impikan selama ini.. awak, jangan selalu pandang ke atas, awak kena selalu
pandang bawah juga.. jangan sampai tersepak batu, nanti tersungkur.. jangan
dipetik bunga kerana kecantikannya, kelak pasti akan layu juga..
yang
mencintaimu didalam diam,
yaya
<3
(FIFTH ENTRY.. MASIH IKHLAS MENUNGGUMU)
KENAPA
HARUS PENTINGKAN ORANG?
memang kita akan dikutuk kalau
mementingkan diri sendiri..
tapi itu kalau keterlaluan
mementingkan diri sendiri..
kita sebenarnya kena juga pentingkan
diri sendiri tapi tak perlulah keterlaluan..
kalau nak pentingkan orang, orang tu
ada ke ingat atau nak pentingkan kita??
kenapa perlu fikirkan orang? orang tu
ada ke fikirkan tentang kita?
haha come on lah... ramai lagi umat
manusia yang boleh menghargai kita..
buat apa kita nak stick pada seorang
je?
alahai.. nak kata tu kawan? hello??
kawan bukan macam tu lah~
tu lawan bukan kawan...
aku pelik... kenapa orang selalu tak
puas hati dengan kawan sendiri,..
dah tu karang mula lah nak kacau hidup
orang..
nak rampas boyfriend oranglah..
hadoi macam budak2!
kalau kau tak puas hati dengan
pencapaian orang tu..
usahalah jadi lebih baik dari dia..
jangan guna cara kotor..
ehem.. ehem.. maaf teremo pula...
heh... haha aku nak selitkan satu
kisah..~
apa perasaan korang kalau ada seorang
mamat yang nak kongsi cerita almost everything dengan korang?
seronokkan... yupp sangat.. tapi
malangnya.. dia sudah punya orang lain.. hagaga
kesiannya aku... kawan ramai yang dah
kawin dah ada anak dah pun...
biarlah~calon pun tak de.. bukan apa
kadang kesian kat ibu ayah..
bak kata kawan aku sepatutnya umur
diorang macam ni dah timang cucu..
maaflah.. tak dapat nak tunaikan..
mungkin lambat lagi.. ni pun mungkin
aku nak sambung second degree..
tu pun kalau ada rezeki, sihat tubuh
badan dan di panjangkan umur..
bukan tak nak buat master tapi aku
tengok master tu macam complicated je..
tak nak aku.. haha.. penat otak aku..
owh ibu... aku mahu kawin.. kawin
dengan siapa..
kawin dengan dia... dia yang ku
puja,..
yang bernama... emm.. hahaha..
atok doakan cucumu ini di jodohkan
dengan dia yang aku puja..
amin yarabbalalamin~
aku ikhlas dengan apa yang aku rasakan
tentang kau..
benar, aku ikhlas merasakan apa yang
aku rasa.
sebab tu aku tak boleh nak lupakan kau
macam tu je..
aku perasan yang kau dah boleh dekat
dengan aku..
aku kawal segala gerak geri aku, agar
kau selesa berada di sisi aku..
aku tak tahu apa yang kau rasa..
tapi aku agak pasti dengan apa yang
aku rasa.
bukanlah aku ingin memaksa kau untuk
bersama dengan aku..
tidak..
cukuplah sekadar menghargai apa yang
aku rasakan..
sesungguhnya aku pasrah jika kau bukan
untukku..
akan ku panjatkan segala kesyukuran
kehadrat Illahi,
jika apa yang aku rasa ini dihargai
walau sedetik cuma kerana aku sangat ikhlas.
ikhlas..
ikhlas mengingatimu,
ikhlas merinduimu,
ikhlas untuk menyayangimu,
ikhlas untuk persiapkan segala
keperluan kau.
aku tahu aku tidak sesempurna gadis
yang lain..
aku tahu aku bukanlah pilihan mata kau
untuk dilihat.
aku sedar aku berada di tahap yang
mana...
tapi harus kau ingat,
aku juga manusia yang punya hati dan
perasaan..
macam kau jugak..
janganlah kau caci aku,
janganlah kau buat aku ni macam
tunggul..
aku masih lagi boleh di bawa
berbincang..
kalau kau tak selesa katakan dengan
baik kepada aku..
percayalah,
jika kau sendiri katakan sebaiknya
kepada aku,
akan aku undur diri sedikit demi
sedikit..
percayalah..
aku yang
ikhlas tentang perasaan ini kepadamu,
yaya
<3