Disable highlight

Friday, 17 June 2016

Sering Kali Terjadi, Namun Kini Aku Mengerti...

Dah lama sangat aku nak berkata2 melalui dairi ni..
Kalau ikut tarikh last post..
its has been 1 years aku tak buka diari..
Alhamdulilah masih ingat password..

Al-Kisah
Dah hampir 2 bulan kot berlalu..
Ceritera yang penuh tragis..
Eceh.. Tragis sangat..
Apa pun masih ada hikmah yang terjadi..

Bukan semua yang jahat tu buruk..
Bukan yang semua baik tu bagus..
Ye 3 tahun berkawan bukan semua yang buruk je..
Ada kenangan yang harus di simpan rapi..

Sekarang dalam proses pemulihan diri..
Tempat kerja sekarang pun bukan lah tak bagus.
Actually lebih dari bagus..
Cuma..
Tak bebas Mcm dulu..
Laptop atau apa2 la kan..
Semua memang tak de access ke luar..
Memang mencabar..
Tapi punya seribu satu hikmah dan cerita didalamnya..

Memang..
Aku belum boleh lupa semua..
Tapi yang penting hati aku sudah tidak ada lg pada dia..
Aku bahagia dengan diri aku seadanya..
Aku dah ada target hidup aku..
Aku nak capai target aku dalam masa yang di tetapkan..
Cukuplah selama ni aku buang masa..
Masa yang tak akan terulang lagi...

Aku aktif berblog semula bukan sebab aku nak meraih simpati tapi..
Lebih kepada..
Meluahkan apa yang terpendam...
Mana yang boleh dijadikan pengajaran...
Ambillah...
Mana yang tak baik tu kita jd kan sebagai tauladan...

Ceritera yang lain..
Yup...
Aku pernah TERBERHARAP pada org yang sama..
Bila aku pikir balik...
Siapalah aku dia nak tunggu kemain lama kan...
Sudah nya...
Aku serahkan semula kepada Pemilik Sebenar Hati ini..
Ye.. Dia pun Cemburu..
Sebab.. Sepatutnya..
Hati ini hanya untuk Dia,,
Tapi kita punya yang lain di Hati yang sebenarnya sudah ada Pemilik..

Pemilik Hati yang tak pernah bosan untuk mendengar keluh kesah kita..
Pemilik Hati yang tak pernah letih membantu dan menolong kita,
Dikala kita kesusahan..
Malangnya..
Kita sahaja yang melupakan Pemilik Hati ini dikala kita senang...
Alhamdulilah..
Sepenuh pengharapan aku serah kembali Hati ini..
Hatiku menjadi tenang dan damai...

Carilah Dia susah dan senang kita..
Jangan pernah lupakan Dia...
Aku hanya akan mencintai Si Dia kerana Pencipta-Nya (Pemilik Sebenar Hati ini)..


Suasana Kerja....
Mula2 memang rasa kekok..
Lama2.. Budak2 tu makin rapat dengan aku..
Dan... Aku secara tak sengaja..
Dah sayang mereka..
Mungkin aku tak sehebat 2 org lagi staff..
Tapi aku ada cara aku tersendiri..
Cara yang mereka lebih selesa dan senang utk berdampingan dengan aku..
Perubahan kami dan kita insyaAllah sekata..

Manusia dengan berbagai perangai dan ragam..
Terkandung 1001 cerita duka mereka..
Aku perlu lebih kuat dari mereka..
Sebab mereka perlukan aku utk bangkit semula..
Dan kerana kekuatan mereka jugak aku jd kuat..

Terima Kasih Ibu Ayah Keluarga dan Rakan2..
Tahun2 yang berlalu dengan liku2 kehidupan yang menyedihkan..
Terima Kasih atas sokongan kamu..

Aku sayang Kamu..
_Yaya_