Di saat aku scroll down fb DM aku tu..
Aku sering kali terbaca..
Perihal perkahwinan..
Contoh:
'Sebab untuk berkahwin'
'Bila Fyn Jamal berbicara'
Al maklum..
Kebanyakkan rakan aku dah pun berumah tangga..
Secara jelasnya...
Aku cemburu...
Kadang aku nak je hempok org yg tanya aku..
"kau bila lagi nak kahwin?"
Mana tak nya...
Aku memang nak mendirikan rumah tangga..
Sangat dan tersangat mahu..
Tapi jodoh aku belum bertemu lagi...
Yup..
Memang aku dah ada calon..
Tapi..
Allahu Rabbi..
Seandainya Ibu, Ayah dan sidia tahu betapa aku ingin menjadi isteri seseorang..
Seandainya mereka tahu yang aku akan istiqomah untuk mereka pabila sudah bergelar seorang isteri,..
Seandainya mereka tahu bahawa sebesar-besar impian mereka...
Besar lagi impian aku untuk menjadi isteri seseorang...
Seandainya mereka tahu setiap kali aku rapat dengan kanak-kanak..
Aku telah pun menganggap kanak-kanak itu sebagai anak aku..
Seandainya mereka tahu....
Bukan kekayaan yang aku pinta..
Bukan harta yang aku inginkan..
Bukan juga pangkat yang aku gilakan..
Aku faham mereka inginkan yang terbaik untuk diri ini..
Tapi aku juga manusia..
Yang punya keinginan tersendiri..
Yang punya impian yang tersendiri..
Bukan niat untuk ketepikan sesiapa...
Hatta untuk menghina bahkan mencerca sesiapa..
Antara kita hanya berbeza ketika didunia ini...
Kelak akhirnya..
Berkain putih juga,..
Perbezaan kita hanyalah amalan kita ketika di dunia...
Mengapa sering manusia berbalah hanya kerana..
Sesuatu yang kita boleh usahakan?
Sesuatu yang kadang kala bukan milik kita?
Saat dan ketika ini..
Harapan aku masih ada..
Cuma aku di bayangi masa lalu aku..
Dan apa yang aku nampak..
Sidai juga di bayangi masa silam sidia..
Ibu dan Ayah pula..
Aku faham perasaan mereka...
Mahukan yang terbaik untuk aku..
Akan tetapi mereka perlu tahu juga..
Keinginan aku...
Mengapa tidak diseiringkan keinginan kami??
Diantara impian aku adalah..
Memenuhi impian setiap ahli keluarga aku..
InsyaAllah..
Seandainya aku harus korbankan diri kerana impian mereka..
Akan aku tunaikan jua...
Mereka segalanya bagi aku..
Mungkin disaat yang lain akan aku kupas apa yang telah aku lalui..
Dan mengupas tentang kesilapan ibu bapa yang mereka tak perasan.
Maaf..
Bukan maksud aku mengupas kesilapan kedua orang tua aku..
Maksud aku...
Pendapat aku tentang sesetengah ibu bapa..
Thats mean it is general..
Not specific..
Apapun..
Walau aku dilihat seperti tidak layak untuk menjadi isteri seseorang..
Keinginan aku untuk menjadi isteri dan ibu kepada seseorang tu ada..
Dan ada kalanya aku akan mengalirkan air mata hanya kerana isu ini..
Tak siapa mahukan kehidupan yang tidak sempurna..
Semua orang mahukan kesempurnaan..
Cuma kita perlu jelas dengan definisi kesempurnaan kita..
Kerana setiap orang akan memberi definisi yang berlainan..
Kepada abang,,
Entry ini bukanlah bermaksud memaksa abang..
Yayang faham situasi sekarang..
Ini sekadar luahan hati yayang..
Maaf seandainya yayang secara sengaja atau tidak sengaja telah membuat abg tersinggung atau kecil hati..
ILYSM IAD ETBTHTU