Disable highlight

Wednesday, 12 February 2014

Makna yang tersirat

"kalaulah..."
Ayat yang sering kita gunakan...
Terutama pabila ingin meluahkan rasa menyesal...
Contohnya..
"kalaulah aku tak kenal dia dari awal"
"kalaulah aku tak terima dia masa tu"
"kalaulah aku tak jumpa dia masa tu"
Dan banyak lagi kan?
Aku pun pernah gunakan ayat tu...
Tapi....
Bila di fikirkan semula....
Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya...
Dan sekarang..
Aku tak pernah menyesal kenal dengan mereka...
Malah aku sangat bersyukur...
Percintaan..
Aku sudah pandai bercinta sejak umur 12 tahun lg...
Masa tu,
Cinta monyet lg...
Huhu..
Banyak kali bercinta...
Hanya 4 insan yang paling bermakna...
Termasuk yang sekarang ni...
Setiap insan punya pesanan yang meninggalkan kesan terhadap diri ini...

################################

Insan pertama
Dia mengajar aku erti jangan terlalu lurus..
Jangan terlalu percayakan orang..
Dia selalu pesan...
"jangan kesian kat orang.. Kesian pada diri sendiri dulu"
Pada mulanya aku tak faham..
Tapi lama kelamaan aku faham..
Sebenarnya dia hanya permainkan aku..
Dia mempergunakan aku...
Namun,
Pesanan itu sentiasa aku ingat...
Hingga ke hari ini,,
Ayat tu masih bermain di fikiran aku...
Supaya aku tak mudah dipergunakan lg..
Apa lagi untuk dipermainkan...

###############################

Insan yang kedua
Agak istimewa..
Kerana aku bercinta dengannya lama..
Namun, jodoh kami tak panjang..
Kalau di ikutkan dengan dia tak punya keistimewaan pun...
Tapi..
Apa yang meningatkan aku pada dia...
Keperihatinan dia pada aku...
Setiap apa yang aku kongsikan dengan dia..
Pasti disokong...
Malah bila sesuatu terjadi..
Terutama dalam pelajaran aku..
Dia akan berkata..
"baguslah.. Awak dah berusaha.. Itulah hasilnya.. Awak dah buat yang terbaik.."
Dia tak pernah berkata negatif terhadap setiap usaha yang aku lakukan..
Malah sentiasa memberi semangat...
Aku sangat berterima kasih kepadanya..

################################

Insan ketiga
Dia bagaikan...
Entahlah...
Hadirnya sekejap cuma..
Namun memberikan semangat dan.mendorong aku untuk mencapai sesuatu yang aku sendiri menyangka aku tidak mampu untuk lakukannya...
Katanya..
"saya tau awak boleh.. Dan saya yakin awak boleh.. Kalau saya percayakan awak.. Takkan awak tak percaya diri sendiri"
Kerana kata2 nya itu..
Aku mendapat keputusan agak cemerlang utk semester itu...
Sekejapan yang sangat bermakna....

###############################

Insan yang keempat
Hadirnya tak ku duga..
Datang menyapa dikala diri terasa sepi..
Hadir dengan seribu harapan..
Membawa sejuta makna yang tak mungkin aku dapat lupakan...
Mengorbankan perasaan semata kerana orang yang ketika itu belum mampu untuk menyayanginya...
Terlalu banyak pelajaran dan pengajaran yang di berikan..
Terlakar memori indah bersamanya...
Yang tak pernah aku lalui...
Kasih sayangnya...
Dapat aku rasai walau pertama kali berjumpa..
"lakukan kerana Allah... Sayangi dan cintailah keluarga.. Susah senang kita dengan keluarga"
Dia teramat bermakna untuk diri ini...
Sangat bermakna..
Menyintai dan meyayangi tanpa mahukan balasan perasaan yang sama diberi kepada aku...
Tersedar aku...
Bahawa aku juga meyayanginya...
Walau bukan seperti dia meyayangi aku..

***********************************************

Mungkinkah yang keempat ini insan.yang paling paling paling beemakna yang terakhir untuk aku?
Atau mungkin ada insan yang kelima?
Semoga insan yang keempat ini yang terakhir untuk aku...
Semoga kami disatukan di dunia mahupun di akhirat kelak...

Setiap insan yang datang pada diri ini..
Membawa makna yang tersendiri..
Walaupun mereka cuma "singgah" di perhentian hati ini...
Semoga kali ini kami tak akan terpisah..
Dan semoga kami di restui oleh ibu ayah dan juga Allah....
Aminn....