Disable highlight

Wednesday, 22 January 2014

Bacalah luahan ini wahai arjuna hati

Tuesday, January 21, 2014 at 18:39 Rinduuuuuuu rindu serindu rindunyaaaaa.... Abg rindu..... Rindu.... Rindu.....

Janggal terasa
Setiap yang diucapkan
Setiap yang dia pesan
Aku rasa lain...
Owh hati jgnlah kau meracau yg bukan2
Aku mahukan dia,
Aku perlukan dia
Aku inginkan dia

Tlah ku tinggalkan segalanya keranamu,
Mengapa perlu kau katakan begitu?
Tidakkah kau mahu pertahankan apa yg tlah kita lalui?
Tidakkah kau terfikir bahawa aku seorg wanita?
Tidakkah kau sedar siapa aku yg sebenarnya?
Tidakkah kau tahu mengapa aku harungi semua ini demi kamu?
Haruskah semua ini dipersiakan?
Haruskah semua ini diteruskan?
Dengarlah rintihan ini,
Ketahuilah hasrat hati ini...
Jejakilah keinginanku ini...
Sesungguhnya aku cemburu,
Melihat rakanku mengikat pertalian diantara dua hati..
Ku juga ingin begitu,
Jika ku luahkan hasrat ini,
Pasti akan timbul kekecohan...
Dengan keterpaksaan ku tahan semua hasrat ini,
Menelan segala rasa yang kudambakan..
Menguncikan sejuta harapan untuk bersama..
Perlukah aku berharap?
Atau haruskah aku mengalah?
Adakah masih ada sinar pengharapan untuk bersama?
Mengapa harus parut lama dirobek kembali?
Mengapa harus luka lama berdarah kembali?
Perjalanan ini tlah ku pilih,
Berpatah kembali itu mustahil,
Inginku meneruskan perjalanan itu,
Namun persimpangan mana yang harus menjadi pilihan?
Cabang mana harus ku lalui?
Denai mana harus ku turuni?
Bukit mana harus ku daki?
Lautan mana harus ku renangi?
Benua mana harus ku jelajahi?
Kubur mana harus ku duduki?
Bersama kau tlah ku harungi,
Namun mengapa tidak meneruskan hasrat hati?
Perlukah kau mengalah di pertengahan jalan ini?
Kau datang dengan harapan yang berbagai,
Ingin ku jauhi,
Namun kau menghampiri..
Mengapa setelah ku mendekati,
Kau pula yang ingin berlari?
Pelbagai cabaran telah kita harungi
Tidak kurang juga kebahagiaan yang dikecapi,
Tidakku mahu meneruskan mimpi ini,
Inginku teruskan sebagai realiti
Hubungan ini bukan kerana keterpaksaan hati
Hanya kerana cinta dihati
Wahai ibu ayah harapanku hubungan ini direstui
Kerana dirinya inginku miliki
Bukan hanya untuk diri sendiri
Akan tetapi untuk famili
Ku pilih dia kerana Ilahi
Ku pohon kami di restui