Disable highlight

Wednesday, 13 November 2013

Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya~

seindah pagi, sang suria bersinar kemegahan menerangi segelinap tempat di atas bumi yang semakin uzur..
setulus kata, seikhlas bicara.. tlah menjadikan diri yang khilaf tersedar dari kesilapan lampau...
yang tlah berlaku, sudah pun berlaku, kita mampu untuk mencipta sesuatu keinginan dan kehendak...

takdir tlah menentukannya...
takdir tlah menentukan bahawa aku perlu bertemu dengan si dia..
mungkin untuk seketika, dan mungkin untuk sepanjang hayat..

benar, kehadiran dia tanpa aku duga..
benar kehadiran dia tidak aku undang..
perkenalan yang singkat tetapi mampu membuatkan aku terkesan dengan apa yang cuba dan yang dia tlah lakukan..
aku tahu aku tak sekuat dia...
aku tahu aku tidak sesabar dia..
tetapi, aku mohon kepada Allah,
agar aku di berikan walau sezarah cahaya kekuatan untuk teruskan apa yang sedang aku mulakan..

benar kata si dia..
ini adalah kehidupan yang sebenar..
kehidupan yang hanya sekali sahaja...
teringat aku akan satu kisah...
maaf aku tidak ingat kisah sepenuhnya...
tapi kisah itu berbunyi lebih kurang seperti ini..
di dalam hidup ini, apa yang semakin lama semakin jauh dalam hidup kita..
jawapannya adalah masa lalu..
masa lalu yang tlah berlalu yang tak mungkin kita dapat semula dan yang memang kita tidak akan dapat sampai kesana dan yang kita memang tidak boleh mengubah apa2...

semua entry kat dalam blog ni sebelum ni,
penuh dengan kisah suka dan duka aku...
tentang semua...
secara tidak sengaja, 90% daripadanya adalah tentang kawan dan cinta yang ntah apa2..
hanya 10% tentang keluarga.. 10%??

pertengkaran dan perbincangan hati ke hati semalam,
sangat membuatkan aku terfikir semula..
ya ada benar kata2nya...
aku mulai tersedar, siapa aku sebenarnya..
aku terfikir, apa yang tlah aku lakukan selama ini...
Ya Rabbi... selama ini aku tlah tersalah anggapan kepada si dia...
nampaklah di situ sebenarnya aku cuma hidup dengan kehidupan aku..
sebab tulah aku jadi mcm sebelum ni..
keseorangan, kesunyian.. sentiasa inginkan perhatian..
bila sudah di berikan perhatian,, masih lagi tak cukup,
bak kata pepatah, bagi betis nak peha..
selama ni aku hanya mengata orang tanpa sedar aku mengata diri sendiri jgk...

ada salah satu  entry aku,
mengatakan yang aku tak sayangkan dia,,,
hmm.. benar..
benar... dan benar...
aku tipu diri aku dengan statement yang mcm tu..
kalau aku tak sayang dia,
aku xkan terfikir tentang dia,
aku tak kan ingat dia..
aku tak kan buat sesuatu yang mengembirakan hati dia..

siapa pun dia,
kenapa aku pilih dia,
kenapa dia,
apa pun yang aku dan dia sedang lakukan,
hanya aku, dia dan kami yang tahu..

biarlah orang nak kata aku bodoh,
biarlah orang nak kata aku buta,
biar orang nak kata aku gila,
biarkanlah~~

kawan aku pernah bg tau aku,
kenapa perlu tanya diorg,
kenapa perlu minta pendapat diorg..
orang ni hanya tahu judge,
dan diorg hanya nampak yang buruk sahaja...
diorg xkn nampak bila kau bahagia dengan sesiapa..
diorg xtau apa yg kau lalui dengan seseorang..
diorg xtahu..
yang diorg tahu org tu jahat dan kau perlu tinggalkan dia..

kawan....
kawan....
kawan....
aku pernah jatuh kerana kawan..
juga aku pernah bangun kerana kawan...
di tengah2?
persepsi aku kian berubah...
tak dapat nak membohongi diri lagi..

ada kawan yang perlu kita kawan..
dan....
ada kawan yang xperlu kita kawan...

biar,, biar sejuta tangan yang menghalang...
biar,, biar seribu tahun lagi perlu aku harungi..
biar,, biar org lihat aku lemah...
mereka tidak akan tahu dan tidak akan faham..
mereka tidak akan mengerti apa yang aku inginkan..

sudah tiba masanya aku ikut jalan yang terbentang luas di hadapan..
biar jutaan halangan dihadapan...
tetap aku harungi demi mereka...
mereka yang secara tidak sedar tlah hilang..
hilang dek kerana perangai diri sendiri..
demi mereka.. aku sanggup..
sanggup harungi semua ini..
mengapa tidak..
sedangkan aku boleh dan pertahankan untuk orang yang tidak sepatutnya dapat..
mengapa mereka yang selayak2nya tidak mendapat apa yang mereka patut dapat?
demi mereka... akan aku harungi jua...

Terima Kasih Allah..
Terima Kasih Allah..
Alhamdulilah~~